Monday, June 26, 2006

D!h@ti reka, d!wajah hamba: Part 2

Adakah pereka hanya sekadar pereka. Adakan kita tertakluk pada terma rekaan semata-mata, bukan sebagai seorang seniman? Adakah hak seniman hanya untuk artis?

Tidak. Kerana kita mampu keluar dari kelompok naif seorang pereka. Kita mampu menjadi seorang pereka yang mempunyai pelbagai disiplin. Persoalannya, adakah kita mampu mengambil langkah untuk mengembara kepada bidang diluar kemampuan kita? Adakah kita bersedia untuk menerima rintihan dan rintangan untuk melopori kemahiran baru? Jika kita tidak bersedia, ini bermakna kita berada di zon selesa, zon yang pasif dan tidak ada erti penghijraahan dalam menghasilkan sesuatu istimewa.

Adakah kita juga seorang yang takut akan kemampuan kita? Seringkali aku berjumpa dengan seorang pereka yang tidak yakin dengan hasil mereka, tetapi mahukan pengiktirafan dan perhatian. Namun, antara mereka juga tidak berani untuk menerima pendapat seseorang kerana, sekali lagi, takut akan perubahan. Lebih tepat dilabelkan pemalas. Pemalas bukan sesuatu yang fizikal bagi saya. Pemalas bermaksud tidak mahu menggerakkan minda untuk menerokai ‘dunia’ baru. Pemalas bererti seseorang yang cukup yakin dengan tahap yang dicapai dan berbangga. Malah, seseorang itu tidak mahu bersaing dengan individu lain mahupun bangsa. Tidakkah kita mahu menghargai diri kita dengan berkarya? Akibatnya, mulalah berdialog:

Aku:
So, hang apa khabar sekarang? Kerja macam mana?

Dia:
Ok aja lah.

Aku:
Ada work-work baru?

Dia:
Tak la sangat. Aku tak macam kau.

Aku:
Ok… (sama ada pujian atau sindiran :-).

Dia:
So, kau buat apa sekarang?

Aku:
Perunding kreatif bebas. Dah berhenti dari dunia pengiklanan interaktif. Muka aku makin ‘tua’. Menghadap PC, makan tak teratur.

Dia:
Oh? Ye ka.. Aku still cam ni la… kerja macam nak gila, tak balik rumah, client asyik suruh tukar itu-ini. Unpredictable!

Aku:
Biasalah, mana-mana company ad ape deal dengan client cam tu. Faham sangat

Dia:
Ye lah, macam biasa buat design ni, asyik tak lepas. Macam work aku tak seberapa. Tapi teringin jugak nak satisfy client. Kot menang some awards ke. Work aku buat macam tak ada orang appreciate.


Adakah kita sedar akan pencapaian kita dalam arena rekaan? Adakah dengan membuat suatu produk atau rekaan akan mengundang penghargaan untuk kepuasan diri untuk kita berbangga mahupun anugerah? Sesungguhnya kita tidak memandang pada kualiti dan nilai rekaan atau hasil kerja yang kita buat. Adakah kita terlalu menitikberatkan banyak perkara? Sesungguhnya rekaan itu adalah penyelesaian masalah visual. Yang penting, bila kita dapat memahami sesuatu produk itu bertujuan untuk dijual, oleh itu idea dan pergerakkan visual kita perlu menghasilkan hasil kerja yang dapat menarik minat pengguna, bukan client mahupun boss / pengarah seni kita. Dengan penyelesaian berikut juga dapat menjadikan kita lebih senang untuk berfikir secara luas dan positif, tanpa perlu ‘menagih’ perhatian mereka.

Sekilas Lalu:

Sewaktu memberi syarahan kepada pelajar-pelajar multimedia di kolej The One Academy bersama rakan industry, Choa (Tintoy) dan pasangan Amanda & LeMessie dari LMAC.TV, Singapore pada tahun 2004. Galeri gambar boleh dilayari di sini.


Kita semestinya dilahirkan hamba, tetapi bukan mangsa. Oleh itu ia terpulang kepada diri kita untuk menilai diri kita, dan senantiasa mempelajari dan jajahkan diri kita dengan perkara yang positif, pengalaman baru yang dapat membantu kita menjadi lebih baik, lebih berilmu dan efisen kelak.


_

2 comments:

Abah Adrian said...

woh. bahasa melayu lak...
chayok!!!

awan said...

kita adalah individu yang punyai individualiti yang infiniti. tiada sekatan.

kita perlu bebas untuk jadi bebas. :)