Saturday, June 17, 2006

D!h@ti reka, d!wajah hamba: Part 1

Interlude:

K!s@h b3rmulanya rentak hidupku sebagai seorang pereka bukan sekadar mempunyai ilmiah dan teknik, tetapi pengalaman disertakan ideogi reka, semangat dan juga karisma untuk memperjuangkan kecantikan tampak. Aku mula menyentuh perisian grafik bernama 'kedai gambar', atau lebih dikenali dengan Photoshop, adalah satu perisian ulung bagi pereka dan juga artis digital seperti arwahyarham Ismail Zain menggunakan Photoshop menghasilkan karyanya. Waktu peringkat awal aku mengenali Photoshop, ianya hanya versi 3.0. Aku hanya diperkenalkan dengan teknik lapisan dan cara untuk meratakan warna (fill) pada kanvas digitalku. Selainnya, aku mula kagum dengan 'filter' terbaru yang diperkenalkan iaitu 'render'. Jika disamakan, ia ibarat mengenali teknik menggabungkan foto paranomik. Bayangkan kini Photoshop versi 11 (CS2). Banyak perbezaannya. Kalau pereka 'berkelahiran' 2005, sudah pasti mereka akan 'sesak nafas'. Tetapi, jangan terkejut kerna seorang artis/pereka mampu menghasilkan karya yang lebih unik dengan menggunakan Microsoft Paint.

Fakta Ringkas:

Ismail Zain, adalah merupakan Bapa Seni Digital Malaysia yang pertama, yang telah memulakan perjuangan penghasilan karya seni berbentuk Kolaj Digital dengan menggunakan komputer (Photoshop). Karya beliau telah meletakkan pengaruh besar dalam pembangkitan artis-artist digital di Malaysia di lewat 80'an sehingga ke awal 90'an*. Antara karya kolaj digital beliau adalah 'Al Kesah', 'Kagemusha', 'Lotus Network' dan beberapa lagi yang menjadi koles.

Hatta, aku mula melibatkan diri secara serius dalam rekaan pada tahun 1997. Waktu itu, dirumahku hanya ada sebuah komputer (NEC, Windows 95). Dikala aku sibuk bermain permainan komputer bernama 'Quake', aku terpesona dengan visual grafiknya. Bila aku mula mengambil kursus Seni Halus, di Kajian Seni Lukis & Seni Reka (FSSR) di Institut Teknologi Mara (Sekarang lebih dikenali Universiti Teknologi MARA), minat aku lebih mendalam apabila aku sering lalu diruang koridor jabatan 'printec' atau Printing Technology. Tahun itu juga merupakan tahun dotcom, dan banyak pusat-pusat siber dibina diserata Lembah Klang, terutama berdekatan dengan kolej-kolej dan universiti. Bagi yang masih ingat, jika kita lalu di pusat siber, kita sering lihat pelajar/pengguna dengan monitor berwarna kuning dengan beberapa kotak chat. Ha, itulah mIRC! tak lupa Hotmail (sebelum difrancais dengan Microsoft) dan Geocities.

Sekilas lalu:

Sewaktu saua menghadiri 'talk' yang dibentangkan oleh Terry Thoren, Penerbit animasi Rugrats, dari Hollywood pada bulan May. (En. Vernon, adalah salah seorang panel MDeC yang menghadiri acara tersebut).

Walaupun bidang yang aku pelajari tidak berkenaan dengan komputer grafik, namum aku mengambil peluang untuk mempelajarinya sendiri. Dulu, ketika di hostel, aku tidak berhenti meminjam buku-buku seperti Learning Graphics, Internet, HTML, Java dan sebagainya. Untuk mempraktikkan apa yang aku pelajari, aku hanya dapat membuatnya di pusat siber (cyber cafe). Waktu itu, membina hompage adalah suatu yang menjadi trend untuk pelajar IT. Jadi, oleh kerana ingin-tahu dan mengikut trend, aku juga membelajarinya melalui modul dan pembelajaran online menerusi laman-laman web seperti Webmonkey (Hotwired), Geocities, Tripod, HTML Goodies, dan banyak lagi. Waktu itu, untuk membuat mouseover button untuk laman web, kita perlu mengetahui kod HTML-nya. Aku terpaksa menghafal dan banyak lagi, dengan menggunakan Microsoft Notepad. Zaman berubah, juga teknologi. Kini, kita boleh 'insert rollover' di perisian 'Dreamweaver', sedangkan aku pada waktu itu perlu hafal pelbagai kod-kod yang kompleks. Jangan terkejut jika didompet, aku juga menghasilkan kad memori yang mencatatkan list dan kod HTML yang sering digunakan. Itu baru sahaja cara membina laman web, belum lagi melangkah pada dunia rekaan.

Sejarahnya
Aku teringat sewaktu aku ditingkatan 4, aku suka membuat poster dalam pelajaran pendidikan seni di sekolah. Aku juga suka mereka typografi dengan menggunakan kertas grid. Bila aku mula melihat animasi kartun dikaca tv, ia lebih menarik minat aku. Bukan itu sahaja, curiousity aku bermula apabila aku membaca komik-komik X-Men / Uncanny X-Men. Aku sering tanya kepada diriku, bagaimana mereka boleh mewarnakan ilustrasi artist sungguh teliti dan sempurna. Aku mula tanya rakan-rakanku. Yang nyata, aku dapat mengetahui yang warna-warna dipaparkan dalam komik adalah dengan menggunakan teknik 'digital coloring' dan 'color separation'. Waulahualam, Tuhan sahaja yang tahu bertapa ceteknya ilmu aku waktu itu. Tapi tak membuatkan aku ingin belajar lebih lanjut.

Bila berada di UiTM, aku meneruskan minat aku terhadap grafik dengan mengambil beberapa subjek tertier, seperti pengiklanan korporat dan media (Media and corporate Advertising), Brand & Packaging dan lain lagi. Tiga orang waktu itu yang mengajar aku adalah Puan Siti Raba'ah, Prof. Mazlan dan En. Azhar. Di jabatan Seni Halus pula, En. Rahman banyak mengajar kami tentang penggunaan perisian grafik seperti Photoshop dan Illustrator. Oleh kerana saya telah banyak mempraktikkan karya menggunakkan komputer, bagi batch aku, mereka kurang minat, justeru mereka lebih jauh ketinggalan berbanding aku. Oleh itu, aku dianggap A student di mata mereka, tetapi bagi aku, aku harus keluar dari kelompok itu dan pergi lebih jauh. Aku mula 'lepak' dirumah rakan aku, namanya Ratno. Aku seronok menggunakan Photoshop. Waktu itu, aku sudahpun mahir menggunakan teknik 'feathering' dan gradient. Memang seronok. Aku masih teringat aku sempat mereka satu cover album untuk aku sendiri!



Footnote:
1. Menurut artikel, 'From Mass To Multimedia' First Electronic Arts Catalogue, National Art Gallery.
_

No comments: